Senin, 11 April 2011

menipiskan hati yang berkarat

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran."

Menurut hadis Rasulullah saw, hati itu terdapat 4 macam:
1. Hati yang tidak berselaput, di dalamnya terdapat pelita yang menerangi. Ini hati orang mukmin.
2. Hati yang hitam tak tentu tempatnya. Ini hati orang kafir.
3. Hati yang terbelenggu diatas kulitnya. Ini hati orang munafik.
4. Hati yang mendatar, padanya terdapat iman dan nifaq (kemunafikan). Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air tawar. Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati tertarik.


Hati yang ke-4 inilah yang terdapat pada kebanyakan kita. Amal akan bercampur aduk sehingga keburukan lebih banyak daripada kebaikannya. Amal ditambah setiap hari tetapi yang buruknya tidak ditinggal. Kita solat cukup setiap hari, mengaji Quran, memberi peringatan tetapi masih mengumpat, mengata dan menipu. Akhirnya, jadilah seperti gambar di atas, bercampur aduk antara hitam dan putih. Macam mana hendak buang yang hitam tu?

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertobat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertobat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam."~

Api neraka itu telah dinyalakan selama seribu tahun akhirat menjadi merah. Dinyalakan lagi selama seribu tahun akhirat menjadi putih. Dan dinyalakan lagi selama seribu tahun akhirat sehingga menjadi hitam legam. Dan di masa ini yakni tahun melenium yang kita lalui kini, api neraka berada dalam keadaan hitam legam. Ini bermakna usia bumi ini bersamaan dengan usia tiga ribu tahun akhirat. satu tahun akhirat adalah bersamaan seribu tahun dunia.

Menurut riwayat, didalam api neraka terdapat perigi. dan didalam perigi itu terdapat ular dan kala jengking. Yang ular-ular itu sebesar leher unta manakala kala jengking itu pula sebesar keldai. Bisa patukan ular itu akan mengakibatkan 40 tahun akhirat menderita.

Ketika manusia-manusia menerima azab api neraka itu, mereka cuba untuk melepaskan diri dengan memanjat tembok perigi itu. Walaubagaimanapun mereka-mereka itu tidak akan terlepas dari ular-ular dan kala jengking yang menjaga perigi itu. mereka-mereka itu akan dipatuk dan bisa yang patukan itu akan mengakibatkan mereka merana selama 40 tahun akhirat, lalu mereka pun berpatah balik ke dalam api neraka.

Di zaman dahulu ada hamba-hamba Allah yang tidak pernah kering air matanya kerana takutnya pada api neraka. apabila ditanya kenapa kalian sering menangis. lalu mereka pun menjawab, sedangkan saya dikurung didalam bilik air selama beribu-ribu tahun sudah patut saya menangis. inikan pula didalam api neraka yang telah pun dinyalakan selama tiga ribu tahun akhirat.

Nabi pernah bersabda bahawasanya azab api neraka paling ringan sekali ialah apabila seorang lelaki dipakaikan selipar daripada api. lalu selipar itu akan mengakibatkan otak menggelegak, telinganya berapi, gigi berapi, dan bibir yang berkata-kata pun turut berapi. dan keluarlah usus-usus dari bawah kaki mereka. selepas itu, dia akan berasa dialah menerima azab paling berat, walhal dia hanyalah menerima azab paling ringan.

Di akhirat kelak, ketika mana manusia-manusia yang menerima azab neraka akan memanggil-manggil malaikat Malik yang menjaga neraka, tetapi malaikat Malik tidak akan menjawab panggilan-panggilan mereka itu selama empat puluh tahun akhirat. selepas empat puluh tahun akhirat barulah panggilan mereka dijawab oleh malaikat Malik. " tidak perlulah kamu meminta-minta belas kasihan, kerana disinilah tempat kamu semua".

Kemudian mereka bermohon pula kepada Allah, untuk kembali kedunia dan jika mereka mengulangi perbuatan yang sama, maka sudah patutlah mereka menerima azab. namun permohonan mereka itu tidak dijawab oleh Allah selama dua kali usia dunia. sesudah dua kali usia dunia berlalu barulah Allah berkata, " Hina dinalah kamu didalam api neraka ini selama-lamanya, dan jangan berkata-kata lagi." Selepas itu, tidak ada seorang pun lagi yang berkata-kata, walaupun satu kalimah. sedangkan apa yang terdengar hanyalah keluhan , tangisan, rintihan suara mereka yang menyamai suara kelda.

Sesungguhnya api kita di dunia ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian api neraka dan andainya tidak direndam dalam laut dua kali nescaya kita tidak akan dapat menggunakannya.

disusun semula oleh: Muhammad Rozaimi bin Saukani.

hasil karya
(rozaimi28@yahoo.com) dicopas karena mungkin akan berguna dan menambah keimanan.

Tidak ada komentar: